Isu Tentang Tuntutan Nafkah Selepas Perintah Mahkamah?

Kami telah membantu anak guam kami untuk membuat tuntutan Nafkah Isteri & Nafkah Anak. Sila gunakan pautan berikut untuk:

(1) Mohon Sebut Harga 

(2) Mohon Sesi Mesyuarat

(3) Hubungi Khidmat Pelanggan

Isu Tentang Tuntutan Nafkah Selepas Perintah Mahkamah?

nafkah, tuntutan nafkah, hak nafkah, hak nafkah isteri, nafkah isteri, nafkah anak, nafkah anak-anak, nafkah cerai, cerai, penceraian, cerai islamTidak semua perkahwinan berakhir dengan kebahagiaan. Ada mahligai kasih yang baru dibina runtuh di tengah jalan. Sementelah inai masih merah di jari sudah terlerai hubungan suami isteri. 😢

Isu-isu tuntutan nafkah isteri dan anak sering timbul setelah suami isteri bercerai, ini termasuklah isu penguatkuasaan Perintah Mahkamah yang merupakan isu utama yang sentiasa menjadi rungutan terutamanya di kalangan isteri yang diceraikan atau ibu kepada anak-anak yang diceraikan.

Walaupun Perintah pembayaran nafkah anak dan isteri telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah, namun masih ramai bekas suami atau bapa culas untuk membayar sepertimana yang telah diperintahkan.

Penguatkuasaan dan perlaksanaan perintah terhadap suami/bapa yang ingkar boleh dilaksanakan sama ada melalui Saman Penghutang Penghakiman, Penyitaan dan Penjualan, dan hiwalah iaitu dengan memindahkan hutang Penghutang Penghakiman yang ada dalam milikan pihak ketiga seperti bank dipindahkan kepada Pemiutang Penghakiman.

Sementara menanti kes penguatkuasaan dan perlaksanaan di Mahkamah Syariah dibicarakan, pihak yang teraniaya boleh merujuk dan mendapatkan khidmat rundingan daripada Bahagian Sokongan Keluarga yang ditubuhkan di bawah salah satu unit di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang terdapat di setiap Mahkamah yang ditempatkan di semua negeri.

Bahagian Sokongan Keluarga (BSK)

BSK adalah salah satu unit yang menyalurkan wang pendahuluan dana sokongan keluarga kepada pihak yang berkelayakan sementara menanti kes perlaksanaan dan penguatkuasaan diputuskan di Mahkamah Syariah.

Menyalurkan Bantuan Dana Pendahuluan

Pihak BSK menyediakan DANA PENDAHULUAN NAFKAH bagi yang layak untuk menerima bantuan. Jumlah dana yang diberikan adalah selama 6 BULAN berturut-turut dengan mengambil kira tempoh tersebut adalah cukup untuk proses perlaksanaan dan penguatkuasaan perintah diselesaikan.

Tujuannya adalah bagi meringankan beban si isteri, ibu dan anak-anak sepanjang proses penguatkuasaan dilaksanakan di Mahkamah. Namun, harus diingati, setiap dana pendahuluan yang diberikan oleh pihak BSK kepada si isteri akan dikutip semula dari pihak yang ingkar membayar tersebut iaitu bapa atau suami .

Yang demikian, BSK adalah merupakan salah satu alternatif terbaik untuk mana-mana pihak mendapatkan bantuan pendahuluan bagi mana-mana nafkah yang tertunggak sementara menanti proses perlaksanaan dan penguatkuasaan  perintah di Mahkamah Syariah di putuskan.

Bagaimanapun, perlu di ingat bahawa BSK adalah merupakan penyelesaian bersifat sementara. Perlaksanaan dan penguatkuasaan perintah adalah langkah terbaik dalam memastikan pihak teraniaya memperoleh hak yang sepatutnya.

Kami telah membantu anak guam kami untuk membuat tuntutan Nafkah Isteri & Nafkah Anak. Sila gunakan pautan berikut untuk:

(1) Mohon Sebut Harga 

(2) Mohon Sesi Mesyuarat

(3) Hubungi Khidmat Pelanggan

~HH~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *